Monday, June 19, 2017

1416 : Dan Bila ... Catatan Si Pengkencing Manis - Kisah Bisul & Pembedahan [Episod 5] #PPUM #2017

Dan bila.. ada lagi yang sudi nak baca 'syukur alhamdulillah' (Episod 5)
Al kisah malam ke dua di tinggal bini.
Dari tadi dok tergaru - garu. Kalau ada bini di sisi leh minta manja2 di garu belakangku yg ngatal. Ni.. terpaksalah bersusah payah mengaru sendiri dgn penuh seksaannya.
Jam dah pukul 9.30malam. Gatal makin menjadi. Tetiba rasa tak selesa pulak dengan tempat tidur ni. Dah kenapa pulak!
Sambil - sambil duk Whatsapp dgn My Wife Nazuha Waharp tanya dah sampai ke rumah angah Nadirah Waharp. Rupanya kat tempat makan area kedai Binwaharp's Grocer #kotadamansar. Tunggu pukul 10malam nak tutup kedai.
Dalam 9.45 mlm nurse datang periksa tekanan darah . Alhamdulillah 111 / 49. Dapat lah juga gula - gula mlm ni. Dua bijik ubat tahan sakit. Request juga ubat gatal. Tak tahu la dapat ke idok!
Pukul 10mlm dah mengantuk tahap gaban. WA My Wife ckp nak charge HP dan offline. Lepas letak HP tepi terus tidur tak sedar diri.
2 Mei 2017 - Selasa
Mamai2 dlm 2 pagi malas nak bangun. Mlm ke dua di tinggal bini tak ada la pulak rasa lapar ke haus. Mungkin tak tidur siang sangat jadi lena tidurku.
Dalam pukul 4 pagi terjaga pergi kencing. Lepas tu sambung balik tidur. Belakang ni jgn ckp la memcucuk je rasa pedih & sakit tapi boleh tahan lagi.
Pukul 6.30pagi rasa nak membuang air besar terus bangun. Dah la nurse semlm tu balut penuh tak ada laluan pun utk membuang.
Alhamdulilillah dapat buang air besar dan bercampur darah. Nasib i bukan jenis panik orgnya. Buat la sendiri, cuci mana yg terdaya. Penuh la tisu basah darah dgn darah merah dan saki baki nanah. Glurp! Tak sanggup lama2 terus jln duduk di pembaringan
Dalam 8.15 pagi, Dr. dtg round wad. Pembantu Dr. yg lelaki buat kerja pembersihan dan check itu ini kemudian letak kapas.
Alhamdulillah berita baiknya boleh discharge hari ini tapi tak tahu pukul brp. Harap semuanya di permudahkan. Orang pertama yg di khabarkan tentulah My Wife.Pagi ni dia ada medical check up dgn Dr. di Hospital Putra Sg Buloh. Semoga semua urusannya di permudahkan.
Pagi ni sarapan roti sekeping shj dgn teh o kosong. Gila kau nak taruk gula :p . Kemudiannya, masa untuk rendam pungung dgn air garam. Pedih u all! Ye lah luka berdarah bercampur air garam kot! Ku tahankan je. Kalau pedih sangat ku angkat punggungku. Rest jap beberapa saat lepas tu rendam balik. Nak dekat 10 minit juga la. Kembali ke katil makan ubat kencing manis dan rest.
Dalam 9.30 pagi dtg 2 awek baju biru student praktikal UM nak cuci dan balut. Ambik masa juga la dia org ni. Terkial2 sikit. Kataya 1st day kat wad ni, tapi dah praktikal kat byk wad lain.
Slow2 je budak sorg tue buat kerja. Kalau dia nak tekan kuat sikit dia akan ckp 'minta maaf encik'. Sopan santun sangat. Bakal menantu sapalah tue.
Dalam 10.30pagi dah siap2 tukar baju nak keluar wad. Terbaring menunggu shj la ni. Baru nak terlelap di kejutkan pulak! Balik ni pakai kain pelikat biru dgn baju biru. Itu je yang ada. I like biru! Jgn ada yg tegur 'baru lepas bersunat ke?' Sudah la. Ha ha ha
Pukul 11.11pagi (konon2!) :p di tolak pembantu perubatan kot! Turun ke anjung discaj. Aku pun x tahu kat mana. Melepak la seorang diri sementara menunggu kehadiran si isteri kembali ke sisi suaminya.
Dari jam 11.25pagi juga duduk situ. Ada byk sofa biru yg lembut satu seater serta siap dgn meja mkn kayu lagi. Serta sofa hijau berbentuk bulat. Nak dkt pukul 12tgh hari My Wife sampai. Lega sikit rasa hati kembali berteman.
Nasib dalam time lunch ada lauk untuk i. Kalau tak? Kebuluran la kan. Nasi mkn sikit di kawal oleh pengawal pemakananku siapa lagi kalau bukan my wife :D. Lauk sambal ikan. Sekali pedas kau. Potong stim nak mkn. Ada la timun tapi mcm di celur dlm air gula. Manis yg amat. Dah kenapa? Aku dah la kencing manis.
Sejuk yg amat. Terpaksa keluarkan tuala buat selimut. Dah lepas azan zuhur urusan masih belum selesai. Di mana ubatku? MC? Tue yg penting. Suruh My Wife gi solat dulu. Sampai tertidur2 la menunggu. Dah bangun pun nama belum di panggil. Erm...
Tetiba rasa nak kencing. Berjalanlah cari tandas dgn pakai kain pelikatnye dan tuala biru di bahu. My Wife ckp mcm org nak gi mandi. Lantaklah..
Terpaksa beralih tempat sebab ada org duduk kat sofa yg i duduk sejak berapa jam lalu.
Dekat pukul 3pm langit dah gelap. Cadangnya nak balik naik teksi. My Hp pulak dah nyawa2 ikan. Install lah aplikasi grab kat hp My Wife sementara Hp di charge.
Tak lama kemudian namaku menjadi sebutan. Kelam kabut bangun dgn x pakai kasut cabut hp yg di charge meluru ke kaunter discaj. Time ni My Wife kat luar tengah beli waffel.
Sekali bil belum bayar dah! My Wife tak dengar nurse tue ada ckp sebelum ni. Alhamdulillah. Tak adalah beribu bil nye. Terima Kasih My Wife yg gunakan GL govertment (terharu + syukur)
Dah lepas selesai ambik ubat bagai. Lepak2 dulu dan on Grab nak cari driver. Alhamdulillah dpt budak melayu naik proton persona. Tak sampai 10 minit pun kami meninggalkan #ppum.
Selamat tiba kelana jaya beberapa minit lepas azan asar. #homesweethome.
Ada lagi ke nak baca kisahku?
#nukilanshaizhar
#PPUM
#KelanaJaya
#2Mei2017

Sunday, June 18, 2017

1415 : Dan Bila ... Catatan Si Pengkencing Manis - Kisah Bisul & Pembedahan [Episod 4] #PPUM #2017

Dan bila.. ada lagi ke yg sudi baca? (Episod 4)
Episod ke empat mengambil tempat.
Dah bangun tidur rasa lapar.Tanya nurse pukul brp makanan sampai katanya pukul 12tgh hari. Dah tengah hari pun x sampai2. Perut dah berkeroncong lagu dangdut ni.
Tetiba nurse dtg nak cuci dan bersih. Ku tandah buntut untukmu. Apa pilihan yang ada. Di korek2nya. Di godeknya sesuka hati. Sakit kau. Nasib lah nurse ni berbudi bahasa orangnya. Dah lepas balut bagai duduk la nak rehat. Dekat 12.30tgh hari muncul pelawat pertama hari ni Ayahanda Hj Waharp dan ummie Azizah Binti Mohamed Azizahmohamed. Beberapa minit kemudian muncul pulak abang kesayangan hamba Fendi Shafendi dan isteri Kak Zana. Kesian si kakak, kak cik aniem kena jaga adik adli kat bawah sebab kanak - kanak tak leh masuk wad kan. Sembang - sembang dan bercerita itu ini. Ayahanda dgn ummi kena bergerak balik sebab ada tetamu nak dtg umah.
Kemudiannya muncul My Wife Nazuha Waharp . Alhamdulillah datang pun si jantung hati. Bersembang rancak la dgn abg & kakak ipar. Dalam dekat nak pukul satu baru makanan sampai. Kena mkn ubat kencing manis sebelum makan dulu. Lepas tetamu balik baru lah aku makan. Alhamdulilah berselera makan sebab ada orang kat sebelah.
Rancak kami bersembang macam tak jumpa setahun :p . Dah pukul 4petang lebih muncul anak buah Shazatul Azira Shafirol. Wakil abangku Shafirol Abu Bakar yang jauh nun di Sabah.
Macam topik yang di bualkan. Aku byk mendengar je. Byk lah kata - kata nasihat di sampaikan oleh penceramah parti bebas My Wife. Dah lama sikit aku pun mamai2, rasa mengantuk yang amat. Terlelap la kejap juga kot! Ala2 tidur2 ayam.
Lepas anak buah balik. Makanan pun sampai. Bubur? Aku pandang My Wife. Aku bukan peminatmu bubur. Semangkuk pulak. Glurp! My Wife yg order. So dialah yg makan. Aku rasa sikit shj. Jadi aku pow la, bekal nasi tomato dgn ayam masak merah dia. Mkn tak byk pun. Ada rasa lah lauk tue. Paling nikmat dapat minum air suam kegemaranku.
Lepas maghrib nak dekat nak pukul 8mlm juga la baru My Wife gerak turun tunggu adik dia ambik tidur di damansara damai. Terima kasih Nor Azri Bin Jalel dan angah Nadirah Waharp. Jasa kalian byk sekali pada kami sekeluarga.
Selamat tinggal seketika My Wife. Semoga urusan esok di permudahkan tanpa kehadiranku di sisi.
Ada yang sudi nak baca kisahku? Malam kedua di tinggal bini? Episod 5 la ye!

Saturday, June 17, 2017

1414 : Dan Bila ... Catatan Si Pengkencing Manis - Kisah Bisul & Pembedahan [Episod 3] #PPUM #2017

Dan bila.. sila jangan muntah berdarah baca kisah benar saya ini. (Episod 3)
Atas permintaan ramai. Kononnye! Padahal dua tiga orang je pun. Saya coretkan di sini sebagai iktibar & pengajaran untuk semua. Secara tak langsung adik beradik, saudara mara yg jauh & rakan taulan dan kenalan FB boleh baca
Sambungan episod 3 bertajuk 'Malam pertama tanpa isteri di sisi'
Kisah 30 April 2017. Rasanya dah lepas azan asar kot! My Wife Nazuha Waharp dan angah Nadirah Waharp berlalu pergi. Dia memang nak sentiasa berada di sisi suami. Tapi, saya x boleh nak pentingkan diri sendiri. Dia juga perlukan rehat dgn keadaannya yg mcm tue. Biarlah dia tidur lena malam tanpa diriku di sini. Cis! Ayat poyo.
Berlalu pergi seorang isteri meninggalkan suami. 'Beratnya rasa hati nak melangkah pergi.. tapi apakan daya aku terpaksa'...
Si suami pun dlm masih keadaan mamai2, kerja tidur je la. Lepas tue mkn laju2 dlm pukul 6pm. Ada nasi dan dua jenis sayur. Lauk ikan tue sedap la pulak.Lepas rehat kejap & mkn ubat. Apa lagi. Tidur la. Terjaga dlm maghrib. Mkn pun buat alas perut. Takut nanti nak terberak pulak. Sorg2 susah nak buat itu ini. Pergerakan terbatas
Terjaga dari tidur aktiviti apa je yg boleh buat. Kiri kena masuk ubat dan insulin. Kencing pun kena pakai tiup. BerFb dan whatsapp je la kerjanya. Dalam 9mlm lebih telefon ayah kat kg bagitahu. Dah operation baru habaq supaya tak risau. Orang tua je la. Kang dia risau keterluan payah pulak. Dah la jauh. Ber WA dgn My Wife dalam pukul 10 mlm lebih dah rasa mengantuk dan offline serta charge HP
Alhamdulillah dapatlah tidur hingga dkt pukul 2 pagi. Perut lapar ok!. Ada apple hijau mcm mana nak basuh? Ting! Idea brilliant pun dtg. Ada jug air. Aku celup je kau dlm tue. Ha ha ha. Menikmati supper buah apple. Setiap dua ke tiga jam nurse dtg periksa tekanan darah tinggi dan ambik sample darah. Naik turun juga la.
Dalam dua lebih pagi terfikir nak menulis catatan kisah yg aku lalui sebagai kenangan di masa hadapan. Kongsi pengalaman sebenar dan harap dapat bagi ikhtibar pada yg membaca.
Gila kentang la x boleh tidur. X sedar pukul brp baru tertidur semula. Time x tidur layan Fb. Rasanya dalam 5 pagi dah jaga. Nasib baik tidur dlm lampu tutup. Kalau terang berderang mesti aku susah nak tidur.
Dalam pukul 6 pagi aktiviti berFB. Pergi page tu dan ini. Dalam pukul 8pagi Dr. Dtg buka 2 balutan dua yg macam gunung kecik di tekan di bersih serta di sentalnya. Sakit dan pedih sikit. Lepas tue baru dpt sarapan dua keping roti gandum dengan air susu. Aduh! X di kacau rupanya air susu tepung ni.patut x sedap.
Lepas tu kena cucuk ubat tahan sakit. Masa nak buang tiup kencing ingatkan Dr. Laki yg buat rupanya nurse perempuan. Di tarik tiup tu. Ya allah sakit tak terkata. Nasib dia x pegang anu i. Terfikit juga mcm mana dia org jolok masukkan?
Next kena cuci dgn air garam. Ingatkan utk anu dpn. Sekali untuk bontot belakang. Siap nurse tu suruh beli ganti garam halus tue. Sedih! Begini sekali hospital yg semi govertment. Ops!
Jalan Masuk lah tandas dlm keadaan pening lalat. Dah berapa lama kot tak jejak lantai. Terfikir mcm mana nak rendam buntut dm air baldi bulat ni. Akhirnya berjaya juga. Yeee... dekat seminit dua beredam rasa mcm nak terberak. Cepat2 la buka mangkuk tandas. Ah! Nikmatnya dapat buang air besar setelah sekian lamanya. Masa nak kencing ada keluar darah dan sakit kesan kena masuk tiu tue. Sekali lagi beraduh!
Lepas tue sambung rendam buntut. Sambil2 tue main air dan cuci muka dan rambut. Berjalan la balik ke katil dgn penuh kesegaran
Dalam 9pagi lebih kot sampai 11pagi aku lena tidur tak sedar diri
Ada yang nak baca episod seterusnya?
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015