Monday, June 19, 2017

1416 : Dan Bila ... Catatan Si Pengkencing Manis - Kisah Bisul & Pembedahan [Episod 5] #PPUM #2017

Dan bila.. ada lagi yang sudi nak baca 'syukur alhamdulillah' (Episod 5)
Al kisah malam ke dua di tinggal bini.
Dari tadi dok tergaru - garu. Kalau ada bini di sisi leh minta manja2 di garu belakangku yg ngatal. Ni.. terpaksalah bersusah payah mengaru sendiri dgn penuh seksaannya.
Jam dah pukul 9.30malam. Gatal makin menjadi. Tetiba rasa tak selesa pulak dengan tempat tidur ni. Dah kenapa pulak!
Sambil - sambil duk Whatsapp dgn My Wife Nazuha Waharp tanya dah sampai ke rumah angah Nadirah Waharp. Rupanya kat tempat makan area kedai Binwaharp's Grocer #kotadamansar. Tunggu pukul 10malam nak tutup kedai.
Dalam 9.45 mlm nurse datang periksa tekanan darah . Alhamdulillah 111 / 49. Dapat lah juga gula - gula mlm ni. Dua bijik ubat tahan sakit. Request juga ubat gatal. Tak tahu la dapat ke idok!
Pukul 10mlm dah mengantuk tahap gaban. WA My Wife ckp nak charge HP dan offline. Lepas letak HP tepi terus tidur tak sedar diri.
2 Mei 2017 - Selasa
Mamai2 dlm 2 pagi malas nak bangun. Mlm ke dua di tinggal bini tak ada la pulak rasa lapar ke haus. Mungkin tak tidur siang sangat jadi lena tidurku.
Dalam pukul 4 pagi terjaga pergi kencing. Lepas tu sambung balik tidur. Belakang ni jgn ckp la memcucuk je rasa pedih & sakit tapi boleh tahan lagi.
Pukul 6.30pagi rasa nak membuang air besar terus bangun. Dah la nurse semlm tu balut penuh tak ada laluan pun utk membuang.
Alhamdulilillah dapat buang air besar dan bercampur darah. Nasib i bukan jenis panik orgnya. Buat la sendiri, cuci mana yg terdaya. Penuh la tisu basah darah dgn darah merah dan saki baki nanah. Glurp! Tak sanggup lama2 terus jln duduk di pembaringan
Dalam 8.15 pagi, Dr. dtg round wad. Pembantu Dr. yg lelaki buat kerja pembersihan dan check itu ini kemudian letak kapas.
Alhamdulillah berita baiknya boleh discharge hari ini tapi tak tahu pukul brp. Harap semuanya di permudahkan. Orang pertama yg di khabarkan tentulah My Wife.Pagi ni dia ada medical check up dgn Dr. di Hospital Putra Sg Buloh. Semoga semua urusannya di permudahkan.
Pagi ni sarapan roti sekeping shj dgn teh o kosong. Gila kau nak taruk gula :p . Kemudiannya, masa untuk rendam pungung dgn air garam. Pedih u all! Ye lah luka berdarah bercampur air garam kot! Ku tahankan je. Kalau pedih sangat ku angkat punggungku. Rest jap beberapa saat lepas tu rendam balik. Nak dekat 10 minit juga la. Kembali ke katil makan ubat kencing manis dan rest.
Dalam 9.30 pagi dtg 2 awek baju biru student praktikal UM nak cuci dan balut. Ambik masa juga la dia org ni. Terkial2 sikit. Kataya 1st day kat wad ni, tapi dah praktikal kat byk wad lain.
Slow2 je budak sorg tue buat kerja. Kalau dia nak tekan kuat sikit dia akan ckp 'minta maaf encik'. Sopan santun sangat. Bakal menantu sapalah tue.
Dalam 10.30pagi dah siap2 tukar baju nak keluar wad. Terbaring menunggu shj la ni. Baru nak terlelap di kejutkan pulak! Balik ni pakai kain pelikat biru dgn baju biru. Itu je yang ada. I like biru! Jgn ada yg tegur 'baru lepas bersunat ke?' Sudah la. Ha ha ha
Pukul 11.11pagi (konon2!) :p di tolak pembantu perubatan kot! Turun ke anjung discaj. Aku pun x tahu kat mana. Melepak la seorang diri sementara menunggu kehadiran si isteri kembali ke sisi suaminya.
Dari jam 11.25pagi juga duduk situ. Ada byk sofa biru yg lembut satu seater serta siap dgn meja mkn kayu lagi. Serta sofa hijau berbentuk bulat. Nak dkt pukul 12tgh hari My Wife sampai. Lega sikit rasa hati kembali berteman.
Nasib dalam time lunch ada lauk untuk i. Kalau tak? Kebuluran la kan. Nasi mkn sikit di kawal oleh pengawal pemakananku siapa lagi kalau bukan my wife :D. Lauk sambal ikan. Sekali pedas kau. Potong stim nak mkn. Ada la timun tapi mcm di celur dlm air gula. Manis yg amat. Dah kenapa? Aku dah la kencing manis.
Sejuk yg amat. Terpaksa keluarkan tuala buat selimut. Dah lepas azan zuhur urusan masih belum selesai. Di mana ubatku? MC? Tue yg penting. Suruh My Wife gi solat dulu. Sampai tertidur2 la menunggu. Dah bangun pun nama belum di panggil. Erm...
Tetiba rasa nak kencing. Berjalanlah cari tandas dgn pakai kain pelikatnye dan tuala biru di bahu. My Wife ckp mcm org nak gi mandi. Lantaklah..
Terpaksa beralih tempat sebab ada org duduk kat sofa yg i duduk sejak berapa jam lalu.
Dekat pukul 3pm langit dah gelap. Cadangnya nak balik naik teksi. My Hp pulak dah nyawa2 ikan. Install lah aplikasi grab kat hp My Wife sementara Hp di charge.
Tak lama kemudian namaku menjadi sebutan. Kelam kabut bangun dgn x pakai kasut cabut hp yg di charge meluru ke kaunter discaj. Time ni My Wife kat luar tengah beli waffel.
Sekali bil belum bayar dah! My Wife tak dengar nurse tue ada ckp sebelum ni. Alhamdulillah. Tak adalah beribu bil nye. Terima Kasih My Wife yg gunakan GL govertment (terharu + syukur)
Dah lepas selesai ambik ubat bagai. Lepak2 dulu dan on Grab nak cari driver. Alhamdulillah dpt budak melayu naik proton persona. Tak sampai 10 minit pun kami meninggalkan #ppum.
Selamat tiba kelana jaya beberapa minit lepas azan asar. #homesweethome.
Ada lagi ke nak baca kisahku?
#nukilanshaizhar
#PPUM
#KelanaJaya
#2Mei2017

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015